Bismillahirrahmaanirrahim.. assalamualaikum..
bagai terkena satu renjatan elektrik bila tengok mata teman seperjuangan di sebelah ada linangan air mata yang sangat mahal.. kerana tidak pernah dia menangis di hadapan ana.. selalunya, dia adalah insan yang kuat dan tabah.. sentiasa dengan senyuman yang memekar di bibir merah miliknya.. ana mula menyapa.. 'kenapa?'
dia menghulur helaian kertas kuning itu.. tapi, ana tolak.. dan ana berkeras nak tahu dari suara dan hatinya.. dia berkeras dan seperti tidak mempedulikan ana.. jadi, ana ambil kertas tu dan scan guna mata.. 'la, Faris pindah je pun.. rilex la.. Allah nak bagi dia peluang melawat bumi Allah ni' kata-kata ni yang terkeluar dari mulut ana... macam ana pernah dengar Farhah kata.. 'mulut cakap lain hati rasa lain'. ana cakap macam tu untuk sedapkan hati rakan ana ni je.. lepastu rakan ana buat mata bulat.. ' ana rasa bersalah sangat dekat dia, banyak dosa dengan dia' ... lepastu ana kata ' nah, ambillah satu.. tulis la apa yang anta/anti rasa nak minta maaf ke tuntut hutang ke'.. dia ambil dan... 'nanti lah dulu.. ana nak fikir ayat yang sedap supaya nanti dia ingat apa yang Allah dah ilhamkan kat ana untuk sampaikan dekat dia'...
lama juga helaian kuning itu di tangan ana.. tiba-tiba kawan ana tegur.. 'tak nak pas ke? nanti sampai kita je yang tahu berita ni.. ' haha.. ana mase tu tengah melayan perasaan seorang diri..
ana nak teruskan dengan rancangan malam tu... kami adakan makan malam ringan.. (biskut dll) akhowat dan ikhwah masing-masing bersemangat.. ana dan kawan-kawan ana meneruskan langkah ke kantin dengan hati yang berbunga (muka legend tp dlm hati ada taman) dan senyuman manis yang tidak lekang di bibir..
malam itu.. kami dipertontonkan dengan satu sketsa yang pelik.. tapi bermakna.. idea yang bernas dari salah seorang tentera di kelas kami.. kisah tersebut ada kaitan dengan salah seorang yang bakal pindah dari kelas kami.. ke? ke Australia.. jauh? cukup jauh.. tp dekat di hati kami insyaAllah.. mula-mula.. ana biase je.. sampai masa Ariff menghulurkan buku istimewa itu . . . . . .
sambungan pada 'Pertama Kali 2'
No comments:
Post a Comment